fbpx

Tanah runtuh: Ibu mengharapkan keajaiban anak selamat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Ah Choe, 66, masih mengharap berita gembira tentang anaknya, Hong Mei Jing, 38, yang merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Batang Kali.

HULU SELANGOR- Seorang ibu hanya mampu mengharapkan keajaiban agar anak perempuannya ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Batang Kali, awal pagi tadi.

Ibu tersebut, Tan Ah Choe, 66, yang berasal dari Jintian, Kepong, hanya mengetahui anaknya, Hong Mei Jing, 38, pergi keluar bersama rakan-rakannya namun tidak tahu ke lokasi mana.

“Dia (anak) tidak beritahu pergi berkhemah atau kemana lokasi yang dituju. Saya mengetahui hal ini pun daripada rakan-rakan yang menghubungi pagi tadi.

“Jika orang ramai atau pihak hospital mempunyai informasi tentang anak saya, boleh segera maklumkan, dan berharap supaya anak saya ditemui dalam keadaan yang selamat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Anaknya adalah antara 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong yang berkhemah di situ sejak tiga hari lalu dan sepatutnya pulang pada 10 pagi hari ini.

Sehingga kini, angka korban telah mencecah 16 orang, manakala 17 lagi masih belum ditemui. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI