fbpx

Tanah runtuh: Facebook Father’s Organic Farm bertukar hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak perkhemahaan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor. - Gambar Facebook

PETALING JAYA – Akaun Facebook Father’s Organic Farm yang menawarkan perkhidmatan tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor menukar gambar profilnya kepada warna hitam.

Perkara itu dikesan orang ramai susulan kejadian tanah runtuh di kawasan terbabit yang melibatkan 94 mangsa dipercayai sedang menjalani perkhemahan.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai meninggalkan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat.

“Sedih dengan apa yang terjadi. Marilah sama-sama kita tabah dan berdoa untuk mangsa,” kata Angelina.

“Takziah untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat dan harap yang terselamat cepat sembuh. Semoga kita semua ambil pengajaran,” ucap Akmal Hafiz.

Sementara itu, berdasarkan gambar terdahulu, seorang pengguna dikenali sebagai Ruhaiza berpendapat bahawa lokasi berkenaan sememangnya mempunyai risiko untuk berlaku tanah runtuh.

“Jika tengok gambar-gambar lama di ‘camp site’ (tapak perkhemahan) ini, ada beberapa tempat yang berisiko tinggi untuk berlakunya tanah runtuh bila musim hujan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI