fbpx

Tanah runtuh: Duit RM10,000 tertimbus, tiga rumah hancur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang terdiri daripada pekerja warga Myanmar. - Foto AFIQ RAZALI

HULU SELANGOR – Tiga rumah pekerja warga Myanmar berdekatan dengan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, hancur ditimbus dalam tragedi tanah runtuh di sini, awal pagi tadi.

Salah seorang mangsa, Thawng Uk, 35, berkata ketika kejadian dia berasa rumah kayunya bergegar dengan kuat, sebelum bertindak berlari meninggalkan rumah sehelai sepinggang bersama 12 orang lagi.

“Kami terus berlari meninggalkan rumah dan 30 minit selepas itu, rumah kami hancur dan musnah ditimbus tanah runtuh.

“Kami tidak sempat membawa barang peribadi lain, termasuklah wang tunai RM10,000 yang dikumpul untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Tambahnya, rumah tersebut telah didiami selama 12 tahun oleh mereka yang bekerja di kebun berhampiran dengan tapak perkhemahan tersebut di mana jaraknya kira-kira dalam 15 minit dengan berjalan.

Sementara itu, seorang pekerja Myanmar yang lain, Mong Tan, 34, mengalami kecederaan di kaki kanannya sewaktu berlari  menyelamatkan diri.

Dia tidak dapat membayangkan jika dia keseorangan dan bersyukur rakan-rakannya turut membantunya yang berada dalam kesakitan.

Mong telah pun mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan dan kesemua pekerja itu sedang menunggu majikan untuk menjemput mereka.

Walau bagaimanapun, majikan mereka bukanlah individu yang sama dengan pemilik tapak perkhemahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI