fbpx

Tanah runtuh: Arahan misi mencari, menyelamat dijalankan secara rapi- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan terlibat.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau turut menasihatkan mana-mana menteri yang melawat kawasan tersebut agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

“Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

“Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Jelasnya, beliau juga dimaklumkan menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini.

“Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI