HULU SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini.
Ahmad Zahid dilihat hadir sekitar pukul 6.45 petang tadi bagi meninjau pos kawalan di lokasi tersebut yang setakat ini merekodkan sejumlah 19 mayat berjaya dijumpai.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, setakat pukul 5.30 petang tadi, tiga lagi mayat berjaya ditemukan menjadikan jumlah baki mangsa yang dicari 14 orang. – KOSMO! ONLINE