HULU SELANGOR – Tiga buah jentolak dilihat masuk ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan, Jalan Batang Kali, di sini, pagi tadi.
Difahamkan, sebuah jentolak mula memasuki lokasi kejadian pada awal tadi diikuti dua buah lagi pada pukul 11 pagi tadi.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sembilan orang temasuk kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di kawasan perkhemahan di Batang Kali, di sini, awal pagi tadi.
Setakat ini, 25 orang masih hilang dikhuatiri tertimbus di bawah lokasi tanah runtuh sedang dikesan menerusi operasi mencari dan menyelamat. -KOSMO! ONLINE