fbpx

Tanah runtuh: 11 belum dikenal pasti, 5 dalam perjalanan ke Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengesahkan sebanyak 11 mayat mangsa tanah runtuh telah ditempatkan di Hospital Sungai Buloh, di sini, petang tadi.

Dalam sidang media sekitar pukul 4 petang itu, beliau memberitahu, lima lagi mayat masih dalam perjalanan dari lokasi kejadian menuju ke hospital terbabit.

“Setakat pukul 1.15 tengah hari tadi, kami menerima sebanyak 11 mayat yang masih belum dikenal pasti identiti mereka. Kita juga sedang menunggu daripada pihak polis untuk mengeluarkan perintah bedah siasat.

“Sebanyak lapan pasukan bertugas untuk melakukan bedah siasat yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

“Proses itu juga turut dibantu oleh petugas Jabatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam untuk menjalankan bedah siasat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pasukan perubatan forensik juga menyediakan perkhidmatan kaunseling (antemortem) bagi mengumpul maklumat daripada waris yang berada di Jabatan Forensik.

Jelasnya, antemortem membantu mempercepat proses pengecaman mayat dan seterusnya penyerahan mayat kepada pihak waris setelah bedah siasat dijalankan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI