fbpx

Harga secawan kopi bersamaan empat jam kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai anak muda berhabis RM600 hingga RM800 sebulan hanya untuk minum secawan kopi sehari.

PETALING JAYA – Kos untuk menikmati secawan kopi mahal adalah bersamaan dengan gaji empat jam bekerja bagi yang berpendapatan RM3,000 sebulan.

Malah, perkara itu dianggap tidak berbaloi kerana trend minum kopi mahal dalam kalangan anak muda hanya untuk ke­puasan sementara

Perunding kewangan, Afyan Mat Rawi berkata, modal untuk membeli kopi antara RM600 hingga RM800 sebulan sebaliknya boleh disimpan untuk pelaburan masa depan ketika ekonomi dijang­ka meleset.

Katanya, dari sudut kewangan, trend minum kopi berjenama sangat membazir kerana mendapat kepuasan sementara berbanding faedah jangka panjang.

“Minum kopi hanya dapat ke­puasan sejam dua. Pembeli habis RM600 hingga RM800 sebulan hanya untuk ambil gambar dan muat naik ke media sosial.

Berita berkaitan: Orang muda berhabis RM1,500 sebulan beli kopi mahal

Kosmo! semalam melaporkan ramai golongan muda sanggup jadi pokai demi membeli segelas kopi berjenama setiap hari.

Mereka dikatakan sanggup menghabiskan sebahagian duit gaji demi segelas kopi berjenama.

Tambah Afyan, orang muda yang baru bekerja merasakan tangga gaji tersebut sudah banyak ke­rana mereka hanya merupakan pelajar sebelum ini dan tidak pernah merasai duit sebanyak itu.

“Hakikatnya, ramai orang bankrap pada usia muda sebab banyak hutang. Ia disebabkan tidak cukup duit kerana sebahagian besar daripada gaji telah digunakan untuk benda tidak berfaedah seperti membeli kopi berjenama itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI