fbpx

SAM gesa tubuh Suruhanjaya Siasatan tanah runtuh di Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak perkhemahan Father's Organic Farm. - Foto Facebook FOF

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm dekat Batang Kali, Selangor, awal pagi tadi.

Presidennya, R. Meenakshi berkata, Suruhanjaya Siasatan itu juga perlu mencari langkah pencegahan dan pemulihan kawasan yang terjejas dengan insiden itu.

”SAM amat terperanjat dengan kejadian tanah runtuh ini, satu Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini.

”Berkali-kali kami telah memberi amaran tentang kebenaran melakukan kerja tanah dan bentuk aktiviti lain di tanah tinggi dan lereng bukit yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Punca-punca tragedi ini mesti disiasat dan didedahkan secara terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, SAM juga mahu siasatan dilakukan kepada pemilik ladang berkenaan yang membuka tapak perkhemahan di kawasan itu.

”Siasatan mesti dibuat untuk melihat sama ada tapak perkhemahan ini mempunyai lesen dan bagaimanakah tapak perkhemahan dibenarkan di kawasan berbukit.

”Siasatan juga perlu dibuat bagi memastikan sama ada langkah keselamatan telah diambil oleh pemilik bagi mengelakkan risiko kepada pengunjung,” katanya.

Tambahnya, mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian mangsa di dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali mesti dibawa ke muka pengadilan.

Selain itu, katanya, kerajaan mesti mempercepatkan Pelan Adaptasi Nasional untuk mengenalpasti kawasan yang terdedah dan berisiko tinggi kepada kesan iklim dan mengambil langkah segera untuk membina daya tahan iklim.

“Terdapat banyak kawasan berisiko tinggi di mana boleh berlaku tanah runtuh yang harus di pantau oleh pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI