fbpx

Piala Dunia: Kroos sokong lantik Mertesacker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERTESACKER yang bertugas menguruskan pemain di akademi Arsenal ketika dianggap antara yang layak membimbing Jerman menggantikan Flick. – AFP

MUNICH – Bekas pemain te­ngah Jerman, Toni Kroos percaya bahawa Per Mertesacker merupakan individu yang tepat untuk mengambil alih tugas mengemudi Die Mannschaft selepas pasukan itu berdepan kekecewaan di Piala Dunia Qatar 2022.

Jerman mengulangi episod malang empat tahun lalu di Russia apabila sekali lagi tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan menyebabkan timbulnya desakan untuk ketua jurulatihnya, Hansi Flick meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengesahkan bahawa Flick akan terus kekal bersama pasukan ber­kenaan biarpun persembahan buruk dipamerkan.

Kroos yang merupakan pemain tengah Real Madrid meng­umumkan persaraannya dari pentas antarabangsa tahun lalu percaya bahawa Mertesacker yang turut bersamanya menjulang Piala Dunia 2014 layak untuk diberikan pertimbangan sewajarnya bagi menggalas jawatan itu.

Mertesacker yang merupakan bekas pemain pertahanan Arsenal selama tujuh tahun kini bertugas sebagai pengurus pasukan akademi Arsenal sejak Julai 2018.

“Saya secara peribadi meng­akui bahawa Per adalah individu yang sangat layak untuk tugas tersebut (Ketua Jurulatih Jerman). Dia mempunyai personaliti yang hebat dan paling penting dia adalah seorang yang boleh menjadikan pemain sebagai rakannya.

“Dia adalah seorang yang sa­ngat profesional dan mampu menjadikan hubungan antara pasukan dan peminat menjadi lebih rapat. Dia telah menimba banyak pengalaman di Akademi Arsenal sejak bertahun-tahun lama,” kata Kroos.

Laporan di Jerman minggu lalu menyebut DFB turut mempertimbangkan Mertescker sebagai salah seorang calon untuk dibawa masuk mengisi posisi sebagai pengarah sukan.

Pengarah Sukan DFB sebelum ini, Oliver Bierhoff membuat keputusan meletakkan jawatan pada awal bulan ini ekoran kecewa dengan kegagalan Jerman di Qatar selain badan induk bola sepak Jerman itu juga dilaporkan mahu melakukan sedikit perubahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI