fbpx

Pemeteraian Permuafakatan Antara Gabungan jaminan tiada kerajaan tebuk atap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fahmi ditemui pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Permuafakatan Antara Gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Pemeteraian Permuafakatan antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini memberi jaminan bahawa insiden ‘kerajaan tebuk atap’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pemeteraian memorandum persefahaman itu boleh disifatkan sebagai sejarah negara dan menjadi titik noktah kepada proses pembentukan kerajaan yang bermula dengan situasi Parlimen tergantung sebelum ini.

“Alhamdulillah hari ini kita menjadi saksi momen bersejarah apabila parti-parti gabungan telah menandatangani satu semorandum persefahaman dan secara rasminya menubuhkan satu Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Pemeteraian perjanjian ini secara tidak langsung memberi jaminan bahawa insiden ‘kerajaan tebuk atap’ tidak akan berulang kerana kita kena baca dua perkara bersekali iaitu satu dokumen yang ditandatangani bersekali dengan apa yang kita usahakan iaitu pindaan kepada perlembagaan yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas kesemua Setiausa Agong dan Presiden parti selesai menandatangai memorandum persefahaman Permuafakatan Antara Gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fahmi, pemeteraian tersebut merupakan satu isyarat yang sangat baik dan beliau menjangkakan Sidang Khas Parlimen pada Isnin depan berjalan dengan lancar.

“Seperti yang dapat kita lihat hari ini, hubungan baik dan akrab kepimpinan tertinggi parti-parti politik merupakan isyarat jelas kepada fokus kita untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Hubungan erat yang dapat kita lihat ini juga akan menjamin satu kestabilan untuk membantu memacu ekonomi negara demi kemakmuran bersama,” ujar beliau.

Tambah Ahmad Fahmi, selepas ini akan diadakan beberapa siri perbincangan untuk menentukan beberapa perkara, namun pemeteraian pada hari ini merupakan langkah mustahak untuk menentukan ‘rentak’ Kerajaan Perpaduan di masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI