fbpx

Pemain bola sepak Iran akan dihukum gantung kerana protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Nasr-Azadani menyuarakan bantahan terhadap kematian Mahsa Amini. - Twitter

TEHERAN – Seorang pemain bola sepak Iran akan dihukum gantung kerana menyuarakan bantahan atas kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis moral, lapor akhbar New York Post semalam.

Amir Nasr-Azadani, 26, telah ditahan pada November lalu berkaitan kes pembunuhan seorang polis dan dua anggota sukarelawan militan, demikian menurut laman berita Iran Wire.

Amir juga dituduh ‘berperang melawan Tuhan’.

Amini meninggal dunia secara mengejut pada pertengahan September lalu selepas dia ditahan kerana didakwa tidak mengikut kod etika pemakaian dengan betul.

Menurut saksi, Amini didakwa dipukul oleh Peronda Bimbingan atau polis moral, tetapi kerajaan Iran menegaskan bahawa dia mengalami serangan jantung.

Susulan penahanan Amir, Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) berkata, mereka ‘terkejut dan muak’ dengan hukuman itu.

“FIFPRO terkejut dan muak dengan laporan bahawa pemain bola sepak profesional Amir Nasr-Azadani menghadapi hukuman mati di Iran selepas berkempen untuk hak wanita dan kebebasan asasi di negaranya.

“Kami berdiri dalam solidariti dengan Amir dan menyeru agar hukumannya dimansuhkan segera,” demikian ciapan kesatuan itu pada Isnin lalu di Twitter.

Amir menjadi orang yang ke-28 dijatuhi hukuman mati di tengah-tengah protes di Iran. Teheran melaksanakan hukuman gantung pertamanya berhubung protes tersebut pada Khamis lalu.

Tiga daripada 28 individu itu adalah kanak-kanak.

Dalam kejadian berasingan. pemain bola sepak kebangsaan, Saeid Ezatolahi ditembak dan dibunuh awal bulan ini ketika meraikan kekalahan Iran kepada Amerika Syarikat (IRAN) pada peringkat kumpulan dalam kejohanan itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI