fbpx

Mirnawan kini bergelar ‘tauke’ wagyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRNAWAN (tiga dari kanan) bergambar bersama tetamu-temau kehormat pada Majlis Pelancaran Wagyu Master Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

LEGENDA sukan hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila de­ngan secara rasminya membuka restoran Wagyu Master yang pertama di Malaysia.

Beliau yang juga pengurus skuad hoki kebangsaan me­ngakui, gembira kerana dapat mengembangkan lagi perniagaan kulinari yang sememang­nya menjadi impian beliau sejak zaman kanak-kanak.

Mirnawan berkata, pembukaan restoran itu menjadi satu kebanggaan buat dirinya serta tiga rakan kongsi memandang­kan ia satu-satunya restoran yang dibuka di luar Taiwan.

“Sebenarnya projek ini bermula sebelum Covid-19 lagi selepas rakan kongsi saya pergi ke Taiwan dan mencuba sendiri hidangan Wagyu Master, jadi mereka berminat untuk bawa jenama ini ke Malaysia.

“Sudah tentu rasa bertuah dan bangga kerana ini adalah cawangan pertama Wagyu Master di luar Taiwan. Selain itu, saya merealisasikan minat dalam bidang makanan dengan Wagyu Master Malaysia,” kata­nya ditemui pada Majlis Pelancaran Wagyu Master Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama pada majlis itu adalah Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.

Pada masa sama, Mirnawan memberi jaminan hidangan daging wagyu yang ditawarkan di Wagyu Master Malaysia mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Daging wagyu ini diimport daripada Miyazaki, Jepun de­ngan tempat proses dan sembelihan dijamin halal oleh Jakim sendiri. Oleh itu, peminat-peminat wagyu yang beragama Islam tidak perlu risau untuk datang ke sini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI