fbpx

Lagenda Properties buka peluang golongan muda milliki rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projak rumah Darulaman Lagenda yang mendapat sambutan baik daripada pembeli di kawasan Utara.

PETALING JAYA – Lagenda Properties Berhad (Lagenda Properties) yang bekerjasama dengan Bina Darulaman Berhad (BDB) kini membuka peluang kepada golongan muda untuk membeli dan memiliki rumah pertama mereka melalui projek perumahan Darulaman Lagenda di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusan Lagenda Properties, Datuk Jimmy Doh berkata, fasa pertama projek  yang terdiri daripada 282 unit rumah teres mampu milik itu telah habis dijual sepenuhnya dalam masa beberapa hari selepas pelancarannya.

Permintaan yang kukuh itu adalah hasil sokongan yang menggalakkan daripada generasi muda dengan data jualan menunjukkan bahawa 53 peratus pembeli berumur antara 20 hingga 30 tahun manakala 41 peratus pembeli adalah daripada kumpulan umur 31 hingga 40 tahun.

Ditawarkan pada harga bermula daripada RM200,000 seunit untuk Fasa 1, Darulaman Lagenda merupakan perbandaran mampu milik terbesar di Kedah yang terletak di lokasi yang strategik.

Ia terletak berdekatan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), berhampiran kemudahan pusat perubatan seperti Hospital Sultan Abdul Halim dan Hospital Pantai Sungai Petani, pusat beli-belah dan institusi pendidikan dari peringkat prasekolah hingga menengah termasuk Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang, Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya dan Sekolah Antarabangsa Regent.

“Pemilikan rumah hari ini sangat mencabar dan kami melihat semakin ramai orang bergelut untuk memiliki rumah mereka sendiri.

“Inilah sebabnya mengapa dalam membangunkan rumah, kami melakukan yang terbaik bagi memastikan kumpulan berpendapatan rendah hingga pertengahan mampu membelinya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Doh menerangkan, ini terbukti melalui sambutan luar jangkaan untuk fasa 1 Darulaman Lagenda serta demografi pembeli kami.

Tambah beliau, sebagai contoh, 73 peratus pembeli adalah dari  Kedah dan Pulau Pinang, 80 peratus adalah kakitangan kerajaan, dan 97 peratus  adalah bumiputera.

“Titik harga Darulaman Lagenda adalah sepadan dengan kemampuan masyarakat sekitar seperti yang ditunjukkan oleh peratusan tinggi pembeli dari Kedah dan Pulau Pinang,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kemampuan ini disokong lagi oleh insentif dan inisiatif kerajaan yang turut memberi motivasi kepada penjawat awam serta pembeli muda untuk membuat pelaburan jangka panjang di perbandaran itu.

Tambah beliau, Lagenda Properties kekal komited kepada matlamatnya untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu
perbandaran baharu setiap tahun kini dan sedang mengembangkan lingkungannya secara agresif bagi membolehkan rakyat Malaysia merealisasikan impian pemilikan rumah mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI