fbpx

Isu data penumpang bocor, dua pasukan ‘serbu’ pejabat AirAsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi berucap pada Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Digital kepada warga kerja Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Dua pasukan penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital telah melakukan ‘serbuan’ ke atas pejabat AirAsia Aviation Group Limited di sini semalam.

Perkara berkenaan disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat beliau di kementeriannya di sini hari ini.

“Pukul 2.15 petang semalam, lima pegawai Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan dua pegawai Cyber Security Malaysia (CSM) bagi mengambil beberapa dokumen.

“Dua pasukan berkenaan turut mengambil pelbagai peralatan data yang berkaitan rekod penumpang dan staf operator udara tersebut,” katanya.

Sabtu lalu, beliau menerusi kenyataan menjelaskan, sistem pelayan AirAsia diceroboh selepas digodam kumpulan dikenali sebagai Daixin melibatkan data lima juta penumpang.

Sehubungan itu, pasukan penyiasat JPDP dan CSM telah memulakan proses siasatan awal dengan bertemu sendiri pengurusan firma induknya, Capital A pada 1 Disember lepas.

Katanya, beliau turut menggesa semua pengguna sentiasa memantau dan menambah baik aspek keselamatan siber dengan mengemas kini sistem perlindungan ke atas pangkalan data.

“Saya difahamkan bahawa proses siasatan itu sebenarnya masih lagi berjalan dari semasa ke semasa dan insya-Allah akan dimaklumkan jika ada perkembangan kelak,” tegasnya.

“Justeru, saya meminta masyarakat tidak berasa bimbang dan memberi jaminan pihak kementeriannya sentiasa memantau isu kecurian data pengguna sebagai kes amat serius,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI