fbpx

Hujan lebat di Pahang, Terengganu petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Pantai Timur, selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dinasihatkan terus berwaspada ekoran amaran ribut petir dan hujan lebat petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti.

Antara kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala di Terengganu melibatkan Kemaman.

“Bagi Pahang, hujan lebat tertumpu di kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di selatan Johor membabitkan Segamat, Kluang dan Mersing.

“Turut terlibat iaitu Miri (Miri dan Marudi) di Sarawak serta Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) di Sabah,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI