GUA MUSANG – Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) lembam tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk menjaga kakak dan abangnya yang juga OKU lembam selepas kematian ibu bapa mereka.
Nurul Izzah Sabarudin, 23, berkata, hubungan mereka adik-beradik sangat rapat dan dia menjadi harapan untuk menguruskan kakak Nursuraya, 27, dan abang Muhammad Saiful Akhbar, 25.
“Saya bersyukur ada ibu bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk memantau kami,” katanya.
Terdahulu, mereka dikunjungi Persatuan Cakna Kasih yang menyampaikan bantuan kepada tiga
beradik itu di Kampung Jerek di sini baru-baru ini.
Nurul Izzah yang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Gua Musang terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian kerana mahu fokus menjaga adik-beradiknya.
“Kakak dan abang alami kesukaran untuk bertutur dengan jelas dan menguruskan diri sendiri. Setakat ini, saya juga tidak berdepan masalah walaupun kadang-kadang mereka bersikap agresif.
Saya akan terus menjaga mereka selamanya,” katanya.
Menurut Nurul Izzah, selepas ketiadaan ibu bapa setahun lalu, mereka bertiga bergantung de
ngan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 seorang untuk membeli barangan keperluan harian termasuk makanan.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Nurul Izzah di talian 011-40557582 dan 011-70701834 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301241100047545.