fbpx

Father’s Organic Farm perkhemahan dikelilingi hutan rimba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Father's Organic Farm yang dikelilingi hutan rimba serta terdapat pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran.

PETALING JAYA – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkemahan di Father’s Organic Farm Genting menggemparkan para pengunjung yang berada di kawasan tersebut sejak awal pagi tadi.

Tapak perkhemahan tersebut terletak 4 kilometer dari Genting Highland, Pahang dan merupakan kawasan tumpuan buat para penggemar rekreasi luar khususnya buat mereka yang ingin berkhemah.

Ia mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga lapan minit perjalanan dari tempat meletakkan kereta dan sepanjang perjalanan menuju ke tapak perkhemahan, pelbagai tumbuhan dan sayuran organik yang di tanam serta beberapa jenis pokok buah-buahan dapat dilihat.

Kawasan perkhemahan yang dikelilingi oleh hutan rimba tersebut adalah tinggi serta menyajikan pemandangan yang cantik dan terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tempat memasak, kawasan unggun api, tandas awam, dan sebagainya sekali gus menjadikan kawasan ini sebagai satu pilihan yang tepat buat mereka yang menyukai aktiviti luar dan ingin meluangkan masa bersama keluarga.

Antara aktiviti yang disediakan adalah menuai sayur-sayuran, berenang di air terjun, makan tengah hari yang disediakan oleh Mother’s Kitchen, lawatan ke ladang haiwan dan barangan yang diketuai oleh pemilik Father’s Organic Farm.

Memiliki ladang yang cantik, air terjun yang jernih, lawatan hebat, makanan enak, serta pemilik yang peramah menjadi alasan mengapa masyarakat memilih kawasan ini untuk berkhemah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI