fbpx

Budak 4 tahun belum tahu ibu, ayah maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Nur Aisyah Umairah (depan kiri) dan Mohamad Hakimi Amsyar bersama ibu bapa dan adik mereka.

LUMUT – Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang terselamat dalam kemalangan maut dekat Jambatan Bainun di sini, masih belum mengetahui ibu bapanya terkorban dalam nahas jalan raya itu, Sabtu lalu.

Dalam kemalangan pukul 11.07 malam itu, Mohamad Hakimi Amsyar Mohamad Adam, 4, dan Nur Aisyah Umairah, 6, terselamat, manakala ibu bapa mereka Mohamad Adam Che Embi, 33, dan Nurhamizza Hamdan, 32, serta adik bongsu, Mohamad Aisy Hakim, 2, terkorban.

Ketika kejadian, keluarga ber­kenaan yang menaiki kereta Proton Saga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segari, sebelum bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Chevrolet Captiva.

Menurut Harith Hamdan yang juga adik kepada Nurha­mizza, anak saudaranya, Mohamad Hakimi Amsyar yang lebih mesra dipanggil ‘abang’ kini sudah sedar dan boleh makan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, anak saudaranya belum mengetahui mengenai kematian ibu, bapa serta adik lelakinya.

“Mungkin belum ada yang be­ritahunya (abang) lagi. Ini kerana, abang ada cakap dengan opah­nya, jika dia sudah sihat dan keluar hospital, abang mahu minta ayahnya beli dinosaur yang besar untuk bermain.

“Kakaknya, Nur Aisyah Umairah pula sudah tahu mengenai tiga ahli keluarganya telah tiada, namun asyik menangis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar yang kini menjadi yatim piatu mengalami kecederaan di dada dan dahi akibat kemalangan itu serta masih menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung (HSM) dan kini dijaga ibunya, Ropitah Din, 53.

Jelas Harith, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menelefonnya menyatakan hasrat untuk melawat dua anak saudaranya itu, tetapi pihak hospital masih belum membenarkannya lagi.

“Mungkin pihak hospital mengambil sikap berjaga-jaga dan masih mahu terus memantau keadaan mereka, cuma yang saya tahu dua beradik itu dalam kea­daan stabil serta mahu segera keluar hospital.

“Kami pun ada meminta untuk membawa mereka keluar (dari wad) sekejap, tetapi tidak dibenarkan dan berharap anak saudara saya itu dapat pulih sepenuhnya dan keluar dalam masa terdekat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI