fbpx

Banjir: Mangsa kekal 37 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Atas Tol, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kekal 37 orang daripada 10 keluarga di daerah ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini.

“Kesemua mangsa tersebut kembali memasuki PPS berkenaan pada 4 petang semalam.

“SK Atas Tol merupakan satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, setakat ini, cuaca mendung di sebahagian besar negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI