fbpx

Aidil Sholeh buat kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidil Sholeh di Perlawanan Petronas Malaysia International Challenge 2022 di Arena Badminton Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kecederaan dialami pada set ketiga memaksa Cheam June Wei berhenti ketika bertemu Aidil Sholeh di suku akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Petronas Malaysia 2022 di Arena Badminton Perak, Ipoh sebentar tadi.

June Wei, pilihan ke-4 kejohanan dilanda kecederaan ketika kedudukan 9-16 untuk memberi laluan kepada Aidil, pilihan ke-11, mara ke separuh akhir pagi esok.

Dalam pertarungan sengit itu, June Wei menang mudah 21-8 pada set pertama, tetapi tumpas 19-21 pada set kedua.

Turut tumbang ialah pemain pilihan ke-7, Leong Jun Hao yang tumpas kepada pemain muda sedang meningkat naik, Justin Hoh, 18, 11-21, 16-21.

Pemain pilihan ke-9, Yeoh Seng Zoe mudah mara selepas mengenepikan pilihan ke-16, Lee Shun Yang 21-11, 21-19.

Seorang lagi pemain Malaysia, Lim Chi Wing juga mara ke separuh akhir selepas mengatasi Lim Chong King 21-18, 21-12.

Sementara itu, K. Letshanaa merupakan wakil tunggal Malaysia layak ke separuh akhir perseorangan wanita.

Pemain yang baru keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mengatasi pemain Filipina, Mikaela Joy De Guzman, 21-12, 21-12.

Turut layak ialah pemain Indonesia, Yulia Yosephine Susanto yang menewaskan Tanishq Mamilla Palli dari India, 21-7, 21-9.

Pilihan ke-5 dari India, Gadde Ruthivika Shivani mengejutkan pilihan ke-4, Thet Htar Thuzar dari Myanmar, 21-16, 21-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI