fbpx

Velum Labs jadi penaja utama iHACK 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik mengenai pavilion yang dibina bersempena pertandingan iHACKS 2022 yang akan berlangsung di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur mulai 19 Disember ini.

PETALING JAYA – Velum Labs Sdn. Bhd. (Velum Labs), sebuah firma keselamatan dan risikan siber berpangkalan di Malaysia, bakal menjadi penaja utama iHACK 2022, satu pertandingan penggodaman siber perdana yang diterajui Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Melalui pertandingan tersebut, Velum Labs akan menaja hadiah wang tunai dan hadiah menarik kepada pemenang iHACK 2022 serta membina pavilion tercanggih sebagai platform untuk pasukan peserta bertanding.

Dalam masa yang sama, pertandingan tersebut bakal menjadi platform utama syarikat untuk mendidik dan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kesedaran keselamatan siber.

Ketua Operasi Siber Velum Labs, Mohd. Azli Sastero berkata, menaja iHACK 2022 menjadi salah satu inisiatif syarikat untuk memupuk dan mengembangkan bakat tempatan.

“Komitmen ini juga akan berjalan seiring dengan aspirasi MyDigital negara yang mana ke­selamatan siber akan memainkan peranan penting untuk bergerak ke hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mohd. Azli menjelaskan, secara global, keperluan untuk rumusan ini menjadi lebih kritikal, terutamanya dengan percambahan jenayah siber dan pepera­ngan digital.

“Kami menyasarkan untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat kini di seluruh dunia, menjadikan Malaysia sebagai hab keselamatan siber dan risikan yang diiktiraf dan bereputasi.

“Untuk mencapai matlamat tersebut, kami akan terus me­labur dalam membangunkan bakat Malaysia dalam ruang ini, lebih-lebih lagi ketika ini terdapat kekurangan pakar keselamatan siber serta perisikan yang berkebolehan,” jelasnya.

Mohd. Azli menerangkan, iHack 2022 yang masuk edisi ke-10, akan berlangsung selama dua hari bermula 19 Disember ini di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar institusi pe­ngajian tinggi awam dan swasta di dalam dan luar negara bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar menunjukkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah keselamatan siber.

iHACK 2022 diadakan bersempena dengan Siber Siaga 2022 itu dianjurkan oleh bahagian siber dan elektromagnet, Kementerian Pertahanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI