fbpx

UEC bukan keutamaan KPM ketika ini – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika bercakap pada sidang akhbar khas KPM hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Usaha bagi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM sebaliknya akan memberi tumpuan utama kepada usaha untuk menangani cabaran ekonomi dan kos sara hidup dihadapi rakyat.

Beliau berkata, apa-apa isu terkait rapat termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan diilhat dari semasa ke semasa.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga kita akan lihat semula kerana kita sekarang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita tidak lagi bercakap mengenai Manifesto Pakatan Harapan semata-mata,” katanya pada sidang akhbar khas KPM di sini hari ini.

Sebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Pada masa sama, Dong Zong menyebut, semua kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, yang dikeluarkan KPM.

Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini.

Dong Zong dalam kenyataan sebelum ini juga memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Pihak Dong Zong juga dilaporkan sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI