fbpx

Tewas 13-38, Malaysia akur kehebatan Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain negara cuba merebut bola di udara pada perlawanan yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Hasrat skuad ragbi bawah 19 tahun negara untuk mencipta kemenangan sulung pada Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun tidak terlaksana apabila tewas 13-38 kepada Taiwan dalam aksi terakhir yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya hari ini.

Pada perlawanan itu, skuad kendalian Mohd. Irwan Abdul kelihatan bergelut, terutamanya ketika ketinggalan 0-23 pada separuh masa pertama sehingga membolehkan Taiwan beraksi dalam keadaan lebih selesa.

Kekalahan itu sekali gus menutup terus peluang pasukan negara untuk menyertai Kejohanan Trofi Ragbi Remaja Dunia yang dijadualkan berlangsung di Kenya pada tahun hadapan.

Irwan bagaimanapun akur dengan kekalahan itu meskipun beliau sudah mengingatkan semua pemain supaya menggunakan setiap peluang yang ada selain mengakui kehebatan pasukan lawan pada perlawanan tersebut.

“Saya sudah beberapa kali mengingatkan pemain supaya menggunakan setiap peluang yang ada, namun kami juga akur dengan kehebatan Taiwan. Saya tetap puji pemain-pemain negara kerana sudah tunjukkan semangat juang tinggi di separuh masa kedua.

“Sebenarnya saya memiliki masa yang terlalu singkat, iaitu tiga minggu sahaja untuk mempersiapkan pasukan, jadi agak banyak halangan serta cabaran sepanjang membentuk pasukan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekecewaan atas keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah terhadap Muhammad Aidil Syawal kerana menganggap kad kuning kedua tidak sepatutnya dilayangkan.

“Kad kuning pertama (Aidil) saya masih boleh terima tetapi kad kuning kedua itu, bagi saya Aidil tidak melakukan sebarang kesalahan. Pengurus pasukan akan buat surat aduan kepada Ragbi Asia mengenai perkara ini.

“Kes ini sudah pasti akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Ragbi Asia, namun saya yakin Aidil tidak akan dikenakan penggantungan perlawanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI