fbpx

Spilt Gravy sememangnya filem terbaik 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK malaikat maut dan pembantunya berbaju putih dijayakan sangat berkesan oleh duo, Allahyarham Jit Murad (kanan) dan Harith Iskander (duduk).

GENIUS. Itu gambaran tuntas atau keseluruhan untuk filem Spilt Gravy on Rice arahan sulung Zahim Albakri yang kini boleh ditonton menerusi laman penstriman, Netflix.

Penulis barangkali lambat menyertai (menonton) naskhah berkenaan, namun adil untuk disebutkan bahawa Spilt Gravy on Rice sememangnya layak diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang baru saja berlangsung baru-baru ini.
Kalau wujud soalan diajukan kepada penulis, apa antara perihal paling indah dan pada masa sama bersifat jujur pernah singgah di dunia sinematik tempatan tahun ini, jawapannya ada pada Spilt Gravy on Rice.

Lakon layar luar biasa

Pertama sekali, lakon layar filem tersebut sangat luar biasa. Sederhana, namun pada masa sama berbekas di hati sesiapa yang menonton.

Buat mereka yang menonton, pasti akan berasa bahawa apa yang diceritakan sangat berhubung dengan diri sendiri atau di sekeliling.

WATAK Bapak yang diterjemahkan cukup cemerlang oleh pelakon ‘otai’, Datuk Rahim Razali.

Kita adakalanya merasakan bahawa hidup ini sempurna dan bebas meletakkan andaian terhadap kehidupan orang lain. Walhal kita langsung tidak mengetahui kisah di sebalik mengapa situasi atau seseorang itu berakhir sedemikian rupa.

Spilt Gravy merupakan sebuah filem yang sangat tepat mewakili negara Malaysia. Dari segi terjemahan karakter, perihal tersebut tidak dapat dinafikan sekiranya mana-mana individu yang membaca ulasan picisan ini telah selesai menonton karya berkenaan.

Terjemahan kemas

Naratifnya mudah. Seorang bapa yang merupakan wartawan pencen berpendidikan tinggi ingin bertemu dengan lima orang anaknya dan menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan.

Semua anaknya mempunyai jalur kehidupan dan rahsia yang berbeza. Sebelum dijemput ke negeri abadi, si bapak (Datuk Rahim Razali) perlu menyelesaikan urusan bertemu dengan anak-anaknya.

CETUSAN kimia pelakon terlibat dalam Spilt Gravy on Rice sangat luar biasa.

Terjemahan karakter pelakon terlibat sememangnya bersifat ‘papan atas’. Barisan aktor dan aktres faham tugasan masing-masing. Tahu apa yang perlu dicernakan di layak perak.

Orang teater yang tepat kalau masuk ke dunia layar perak, kalau kena gayanya, memang inilah hasilnya. Satu karya yang tulus dan telus memberi kesedaran bahawa hidup ini sifat orangnya majmuk dan beragam.

Director’s cut

Sangat senang melihat filem versi director’s cut kini akhirnya boleh ditonton dalam Netflix. Kalau di panggung, banyak birokrasi yang perlu dipatuhi. Sebaliknya dalam laman digital seperti Netflix, audiens boleh tonton, dengar dan rasa semua. Ulang suara, semuanya!

ZAHIM Albakri turut bertindak sebagai pelakon utama selain duduk di kerusi pengarah dalam filem Spilt Gravy on Rice.

Syabas buat pasukan produksi Spilt Gravy on Rice dan mereka yang terlibat. Selepas tujuh tahun, akhirnya filem ini boleh dinikmati dalam lambakan platform digital seperti Netflix dan lain-lain.

Kalau tidak, dihalang tontonan kononnya filem seperti ini membawa dakyah yang kurang enak kerana memaparkan realiti. Harap belum terlambat untuk merakamkan ucapan tahniah buat Splilt Gravy atas kejayaan di FFM32.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI