fbpx

Shakilla Khoriri minta Zoo Negara ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKILLA Khoriri ketika berkunjung ke Zoo Negara bersama anaknya, Ameena Sofia baru-baru ini.

LUAHAN pelakon Shakilla Khoriri ketika berkunjung ke Zoo Negara bersama anaknya, Ameena Sofia baru-baru ini mengundang pelbagai pandangan daripada netizen.

Bintang drama Bisik-Bisik Gelora itu meluahkan kekesalan apabila memaklumkan tiada sebarang perubahan atau tarikan terbaharu di zoo tersebut.

Kekecewaan dizahirkannya meraih perhatian netizen yang berharap usaha penambahbaikan dilaksanakan bagi memastikan Zoo Negara terus ‘hidup’.

Mizz Lahar pun kali terakhir ke sana sebelum fasa pandemik menyerang dunia dan melihat sendiri persekitarannya yang memang perlu diberi perhatian.

Apa pun setahu Mizz Lahar kos pengurusan membabitkan pemeliharaan, penjagaan kesihatan dan makanan untuk haiwan sangat tinggi.

Sebenarnya semua komen yang meminta Zoo Negara dinaik taraf diharap dapat membuka mata syarikat besar untuk sama-sama membantu kelangsungan lokasi tumpuan ramai itu.

Andai lebih banyak syarikat menaja ‘penghuni’ di sana, setidaknya dapat memastikan kelangsungan semua haiwan.

Hakikatnya, teguran Shakilla turut menjentik Mizz Lahar sendiri untuk sekali lagi menyertai program ‘haiwan angkat’. Kita boleh salurkan sumbangan untuk membantu penjagaan haiwan-haiwan di situ.

MIZZ LAHAR: Dengarnya seorang artis mahu berhijrah ke luar negara demi mengejar cita-cita tembusi pasaran antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI