fbpx

Sekat eksport telur ke Singapura atasi masalah bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kerajaan perlu melaksanakan sekatan eksport bekalan telur ke Singapura sebagai salah satu langkah mengatasi masalah bekalan telur di negeri ini yang kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, langkah menyekat eksport bekalan telur itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, perkara itu akan dibangkitkan ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dijangka pada minggu depan.

“Sekiranya ia (ekpsort) dibendung, mungkin Johor tidak akan ada isu kekurangan bekalan telur yang kritikal kerana kita adalah pengeluar utama.

“Sekatan ini tak boleh kita yang buat, itu di peringkat kerajaan Pusat. Jika ada peraturan atau arahan kerajaan seperti dilakukan dalam isu ayam (sekatan eksport), isu ini tidak menjadi kritikal,” katanya,”katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan eksport pertama nanas MD2 ke Jerman di Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, di sini hari ini.

Zahari mengadakan lawatan ke Kulim (M) Berhad, Ulu Tiram, Johor bagi meninjau proses mengeksport nanas ke luar negara.

Zahari berkata, mengikut data Jabatan Veterinar Negeri Johor, sejak awal tahun hingga September lalu, Johor sepatutnya mengeluarkan sebanyak 1.7 bilion telur bagi menampung keperluan dalam negara selain dieksport ke negara jiran.

Namun begitu, beliau menjelaskan, jumlah itu berkurangan sebanyak 0.4 bilion menjadikan pengeluaran telur di negeri ini berkurangan kepada 1.3 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Beliau berkata, langkah pihak penternak mengurangkan bilangan ayam telur disebabkan peningkatan kos menyebabkan pengeluaran telur ayam di Johor berkurangan daripada yang sepatutnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI