fbpx

Rider gagal hantar barang, sangkut ujian air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa JPJ memeriksa individu yang mempunyai kesalahan dalam operasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar, di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang terpaksa membatalkan penghantarannya selepas ujian air kencingnya didapati positif methamphetamine.

Malah, pemuda bujang berusia 31 yang dalam perjalanan ke Ampang itu berkata, pengambilan dadah tersebut ekoran dirinya yang bekerja dua pekerjaan setiap hari.

“Pagi sampai petang kerja di kedai makan keluarga, malam pula buat servis menghantar barang guna motosikal.

“Kali terakhir ambil (dadah) empat hari lepas, dan dua hari tak tidur, semalam sempat tidur jadi tak tiada masalah nak bawa motor untuk kerja,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Lelaki berkenaan adalah antara individu yang diperiksa dalam operasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar, di sini, malam tadi.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, seramai 183 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

Jelasnya, agensi terlibat terdiri daripada JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), AADK dan Konsesi Lebuh Raya (KESAS) yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

“Dalam operasi itu, sebanyak 1,122 kenderaan pelbagai jenis termasuk bas, van, kereta dan motosikal diperiksa dengan 401 kenderaan diambil tindakan termasuk sembilan kenderaan disita.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 498 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh merekodkan antara kesalahan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di lokasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Razali Mohamad dan Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya.

Lokman berkata, terlupa dan tidak sempat adalah alasan yang selalu diberikan pesalah jalan raya apabila didapati gagal memperbaharui lesen dan cukai kenderaan masing-masing.

“Alasan itu menunjukkan masih ramai pemandu bersikap sambil lewa dalam mematuhi peraturan jalan raya.

“Sikap ambil mudah sebegini wajar diubah kerana sekiranya mereka terbabit kemalangan, perkara ini kelak akan menyusahkan diri mereka sendiri,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI