fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 8 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di lapan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di bahagian utara dan Pantai Barat Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

“Di Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Pdang dan Mualim.

“Sementara itu, di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis serta Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya.

Turut terlibat, seluruh Kuala Lumpur manakala di Sarawak, hujan lebat tertumpu di Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikie (Pakan dan Jalau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri.

“Sabah melibatkan Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Belud), Tawau (Tawau Kunak, dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat termasuk Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI