fbpx

Piala Dunia: Pengganti mesti berbangsa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHGATE masih belum membuat sebarang keputusan sama ada melepaskan tugasnya atau bersedia menerima tawaran kontrak baharu jika diberikan oleh FA England. – AFP

LONDON – Bekas pemain England yang juga pengkritik bola sepak, Jamie Carragher berpendapat bahawa ketua jurulatih skuad kebangsaannya mestilah mereka yang berasal dari negara berkenaan dan tidak bersetuju dengan beberapa nama calon luar yang dicadangkan.

Persatuan Bola Sepak (FA) England memberi bayangan untuk melantik individu baharu bagi mengemudi skuad The Three Lions selepas Gareth Southgate hanya mampu membawa pasukan itu ke suku akhir pada ­kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

Beberapa nama telah dicadangkan dan dikaitkan sebagai ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan antaranya, Mauricio Pochettino (Argentina), Thomas Tuchel (Jerman) dan Brenden Rodgers (Ireland Utara).

Bagaimanapun, Carragher percaya tugas itu hanya boleh diberikan kepada mereka yang lahir di negara berkenaan, sekali gus menolak ketiga-tiga calon yang dicadangkan.

“Ketua Jurulatih England mestilah seorang yang berbangga Inggeris,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Ketika ini, terdapat dua pengurus berbangsa Inggeris yang memiliki kredibiliti untuk mengemudi pasukan berkenaan sekiranya Southgate dan FA England membuat keputusan untuk berpisah.

Mereka adalah Pengurus Newcastle United, Eddie Howe ataupun pengendali Chelsea, Graham Potter yang menepati ciri yang diinginkan Carragher iaitu seorang yang berbangsa Inggeris dan mempunyai kualiti.

Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah kedua-dua mereka bersedia untuk meninggalkan kerjaya di peringkat kelab sambil dua lagi nama yang turut dicadangkan adalah Steven Gerrard dan Frank Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI