fbpx

Piala Dunia: Enrique dedah dua kekesalan terbesar di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE dipecat daripada jawatannya sebagai pengendali Sepanyol ekoran prestasi buruk pasukan itu di Piala Dunia. – AFP

MADRID – Bekas pengendali Sepanyol, Luis Enrique mendedahkan bahawa beliau telah membuat kesilapan dengan membawa salah seorang pemain bintangnya ke Piala Dunia dan menganggap pemain itu sebenarnya tidak layak.

Selepas meraih kemena­ngan besar 7-0 ke atas Costa Rica, Sepanyol gagal meraih sebarang kemenangan pada tiga aksi berikutnya termasuk disingkirkan oleh Maghribi pada penentuan sepakan penalti.

Kegagalan itu membawa padah buat Enrique apabila beliau telah kehilangan jawatannya apabila Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol melantik Luis De La Funte sebagai ketua jurulatih baharu.

“Satu pemain, saya tidak mahu sebutkan namanya. Dia tidak mencapai tahap yang saya harapkan dan sepatutnya saya menggantikannya dengan pemain lain,” kata Enrique dalam satu temu bual.

Enrique mengakui beliau juga menyesal kerana tidak memberikan lebih banyak peluang kepada pemain Paris Saint-Germain, Pablo Sarabia beraksi apabila pemain itu hanya beraksi selama lima minit di Qatar ketika dimasukkan pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

“Saya fikir Sarabia layak untuk mendapat lebih masa berban­ding lima minit yang saya berikan. Sekarang ini, jika saya masih kekal, dia akan menjadi pemain dalam kesebelasan utama.

“Apa yang saya katakan ini bukan untuk melonjakkan namanya, sudah pasti kami telah berdepan kekalahan ini, tetapi ia adalah kebenaran dan Sarabia sebenarnya layak untuk berada dalam pasukan,” jelasnya.

La Roja hanya mengulangi pencapaian di Rusia empat tahun lalu apabila terkandas di pusingan kalah mati, tetapi Enrique enggan berselindung bahawa pemain yang memberikan kejutan besar kepadanya adalah Pedri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI