fbpx

Peruntukan RM12 juta atasi banjir termenung di Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Gual To’ Deh, Rantau Panjang hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

RANTAU PANJANG – Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM12 juta sebagai langkah untuk mengatasi masalah banjir termenung yang sering melanda penduduk di kawasan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu melibatkan pembelian pam air berkuasa yang akan diletakkan di enam lokasi yang sering berlaku banjir termenung.

“Pam tersebut digunakan untuk menyedut air banjir termenung keluar dari kawasan yang terlibat.

“Ia merupakan langkah segera yang dilakukan oleh kerajaan. Selain itu, projek tebatan banjir juga akan dijalankan sebagai pendekatan jangka panjang bagi masalah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid beramah mesra dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang berada di PPS berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI