fbpx

Paulo Josue bangga bersaing dengan Bergson, Forestieri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE dan Santos antara pemain naturalisasi baharu yang mendapat panggilan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.

KAPTEN skuad Kuala Lumpur City (KL City), Paulo Josue me­ngakui tugas sukar untuk dirinya memecah dominasi bintang import Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tercalon pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) malam ini.

Menurut Josue, perasaan bangga cukup dirasai ketika ini terutama apabila disenarai pendek bersama tunjang Harimau Selatan, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri untuk kategori Pemain Import Terbaik musim ini.

“Saya sangat gembira dengan pencalonan ini terutama apabila disenarai bersama dua pemain yang sangat hebat iaitu Bergson dan Forestieri.

“Sesiapa yang memahami bola sepak, sudah tahu betapa bagusnya mereka berdua dan rasa satu kejayaan apabila turut bersaing dengan mereka.

“Secara peribadi, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang sentiasa beri sokongan sama ada di dalam atau luar padang.

“Tidak dilupakan kepada semua ketua pasukan dan jurulatih mencalonkan saya kerana ini sesuatu yang besar makna­nya apabila kemampuan kita diiktiraf oleh pasukan lawan.

“Jika saya menang, sudah tentu saya tidak boleh gambarkan bagaimana gembiranya nanti, tetapi jika bukan rezeki saya, anugerah ini akan dimenangi oleh pemain yang layak,” kata pemain import kelahiran Brazil itu.

Prestasi Josue musim ini berada di tahap terbaik apabila meledak 8 jaringan dan 10 bantuan gol secara keseluruhan dari 27 perlawanan Liga Malaysia bersama The City Boys musim ini.

Namun, Bergson juga berada di puncak prestasi apabila meledak 40 gol dan 7 bantuan ja­ringa, manakala Forestieri, menjaringkan 24 gol dan 9 bantuan jaringan untuk membantu JDT menjulang empat trofi tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI