fbpx

Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 151 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM melakukan pemantauan di kawasan perumahan yang dinaiki air di Triang, Bera hari ini.

KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini menurun kepada 151 orang berbanding 358 mangsa yang direkodkan sehingga petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 39 keluarga itu ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bera dan Pekan.

“Di Bera jumlah mangsa berada di PPS menurun kepada seramai sembilan orang daripada tiga keluarga yang ditempatkan sejak Jumaat lalu di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong.

“Bagi daerah Pekan, jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan kekal seramai 142 orang mangsa daripada 36 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adam, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di Temerloh mula ditutup petang semalam setelah mangsa pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan banjir kembali pulih.

Dalam pada itu, Che Adam berkata, paras air Sungai Keratong, Jalan Kota Bahagia di Rompin menunjukkan trend amaran berbahaya, manakala empat batang sungai di daerah Bera, Maran dan Pekan masih dalam keadaan trend amaran.

Beliau berkata, keadaan hujan dan ribut petir dijangka masih berlaku di kebanyakan tempat negeri ini bermula waktu pagi, petang hingga ke malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI