fbpx

Mahkamah: Remaja mengaku bersalah aniaya adik perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) mengalami dua pertuduhan memperkosa adik kandung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol adik perempuan kandungnya pada tujuh bulan lalu.

Penganggur tersebut membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Januari tahun depan sebagai tarikh pendengaran fakta kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja lelaki itu didakwa merogol adik perempuan kandungnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus pada pukul antara 2 petang dan 3 petang, Mei lalu.

Dia didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa di lokasi sama pada pukul 3.30 petang, 5 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan sehingga 30 tahun serta sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI