fbpx

Mahkamah: Pemilik bengkel dituduh edar 35.5kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Thiam dituduh mengedar dadah jenis ganja di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini.

JITRA – Seorang pemilik bengkel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 35.5 kilogram di Changlun, awal Disember lalu.

Tertuduh, Lee Chee Thiam, 50, hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Huda Idris.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh dengan mahkamah menetapkan 29 Mac depan untuk mendapatkan laporan kimia.

Mengikut kertas pertuduhan, Chee Thiam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel kereta di Changlun, dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang, 4 Disember lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh akan dihukum mati mandatori.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Karthy Gasedev manakala tertuduh diwakili peguam dari Ravi Shankar Gandhi & Associates.

Tiada jaminan ditawarkan dengan tertuduh kemudiannya dibawa ke Penjara Alor Setar untuk menjalani tahanan.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penemuan 35 ketulan mampat dadah disyaki ganja dalam serbuan kastam di Pekan Changlun dekat sini pada 4 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

-habis
Chee Thiam dituduh mengedar dadah jenis ganja di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI