fbpx

Mahkamah: Bicara ditangguh, Shahrir mohon kes dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
shahrir

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Ab. Samad memohon Mahkamah Tinggi di sini mempercepatkan prosiding perbicaraan terhadap beliau bertujuan membersihkan namanya daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili bekas Pengerusi Felda itu memberitahu, kes ini sudah mengambil masa selama tiga tahun sejak siasatan dijalankan dan anak guamnya masih berjuang untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan gelaran kluster mahkamah ekoran pertuduhan yang dihadapinya.

Ujarnya, kes tersebut disiasat dalam tempoh empat bulan bermula September 2019 (manakala tertuduh didakwa pada 21 Januari 2020) menyebabkan namanya turut terpalit sebagai kluster mahkamah.

Syed Faisal memaklumkan, anak guamnya tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas alasan untuk berlaku adil kepada para pengundi Parlimen Johor Bahru.

“Siasatan hanya mengambil masa empat bulan sedangkan anak guam saya sengsara menanggung stigma sebagai kluster mahkamah dengan menghadapi segala ketidaktentuan prosiding yang panjang dan membayar kos guaman,” ujar beliau.

Peguam bela selanjutnya menyatakan, perbicaraan itu telah menyebabkan identiti keluarga iaitu isterinya Shahrizan Abdullah dan anaknya Marisa Diyana turut terdedah dan memberi kesan yang mendalam terhadap mereka sekeluarga.

Ujarnya, Marisa Diyana yang kini menghidap tumor dan sukar untuk berjalan serta memerlukan penjagaan rapi menyebabkan Shahrir kehilangan masa untuk bersama-sama dengan anaknya setiap kali beliau hadir ke mahkamah.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menangguhkan prosiding hari ini dan menetapkan perbicaraan disambung pada 22 dan 23 Disember serta 5 Januari depan.

Mahkamah dijadual menyambung keterangan saksi penting pendakwaan iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Penguasa Nurzahidah Yacop yang sepatutnya mula disoal balas oleh pembelaan.

Ketika pemeriksaan utama semalam, saksi pendakwaan ke-22 itu berkata, Najib menyerahkan sendiri cek RM1 juta kepada bekas Pengerusi Felda itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, sembilan tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI