fbpx

LRI pasang sistem solar demi lestarikan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (tiga dari kiri) ketika pelancaran sistem tenaga solar di Lam Research, Batu Kawan di sini hari ini . -Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Lam Research International Sdn Bhd (LRI) melancarkan inisiatif tenaga solar yang berpotensi mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 2,000 tan setahun.

Pembekal global bagi peralatan dan perkhidmatan fabrikasi wafer inovatif kepada industri semikonduktor itu turut menyasarkan matlamat untuk melestarikan penggunaan tenaga solar menjelang 2030 sekali gus mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih pada tahun 2050.

Naib Presiden Korporat Pembuatan, Mike Snell berkata, projek terbabit dimulakan sejak Mac lalu dan dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.

“Secara keseluruhannya, lebih 5,700 panel solar photovoltaik dipasang secara berperingkat yang berperanan untuk menjana tenaga daripada cahaya matahari secara langsung.

“Gabungan tenaga yang dijana daripada kemudahan panel solar yang dipasang boleh mencapai kecekapan proses penukaran tenaga cahaya kepada tenaga elektrik sebanyak 21.7 peratus sekali gus bakal menghasilkan 3,000 megawatt-jam (MWj) tenaga solar setiap tahun.

“Kami percaya usaha ini dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sekali gus melestarikan alam sekitar untuk masa depan lebih baik,” katanya kepada pemberita menerusi ucapan secara maya di Batu Kawan di sini hari ini.

Perasmian program berkenaan dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Hadir sama ialah Pengarah Urusan dan Pengurus Besar LRI, Soon K. Kuek.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pihaknya menyambut baik usaha LRI yang dijangka dapat memberi impak meluas di negeri ini meliputi pelbagai aspek daripada kesan limpahan ekonomi, penyetempatan rantaian bekalan dan kemahiran tenaga kerja teknikal.

“Pelaburan LRI menerusi projek panel solar ini amat membanggakan sekali selaras dengan misi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pembuatan hijau di rantau ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI