fbpx

Kulit kepala tercabut gara-gara rambut tersangkut pada mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA itu cedera selepas rambutnya tersangkut ketika menyelenggara mesin di tempat kerja. - HSE

LONDON – Sebahagian kulit kepala seorang lelaki di Britain tercabut dari kepalanya selepas rambutnya tersangkut pada sebuah mesin dalam kejadian ngeri yang berlaku di tempat kerja, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan bekerja untuk syarikat Caspian Group Limited dan dia mengunjungi syarikat tersebut yang terletak di bandar Scunthorpe.

Bagaimanapun, rambut gaya ekor kudanya tersangkut pada sejenis komponen berputar yang kemudian mengakibatkan muka, kulit kepala dan telinganya tercabut menyebabkannya dirawat selama dua minggu di hospital dan memerlukan pembedahan kulit, lapor saluran berita Grimsby Live. 

Mangsa juga terpaksa menjalani pembedahan memotong salah satu jarinya akibat cedera ketika kejadian.

Selepas kejadian itu yang berlaku pada 25 Oktober 2018, satu siasatan dilakukan oleh Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan (HSE) dan mendapati ia adalah mesin terpakai yang dibeli pada tahun sebelumnya.

Syarikat itu kemudian mengaku bersalah dan didenda sebanyak £70,000 (RM382,528) selain diperintahkan membayar £13,012 (RM71,106) di Mahkamah Majistret Grimsby. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI