fbpx

Kesungguhan bakal suami buka hati Anita Baharom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANITA Baharom akan bernikah pada 22 Disember ini, manakala majlis resepsi pada keesokan hari di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor.

PETALING JAYA – Selepas hampir setahun memegang status ibu tunggal, pelakon Anita Baharom sedia bergelar isteri sekali lagi selepas melihat kesungguhan bakal suami, Engku Isyamuddin Tuan Losin yang mahu menjadikannya suri hati.

Katanya, karakter mudah mesra duda berusia 48 tahun itu yang disenangi anak-anaknya juga antara faktor persahabatan mereka diteruskan ke fasa pernikahan pada 22 Disember ini.

“Anak-anak memang rapat dengan Isyamuddin terutama putera nombor dua saya, Iskandar kerana mereka mempunyai minat mendalam dengan sukan bola sepak.

“Puteri sulung dan si bongsu pun bagi lampu hijau apabila saya memaklumkan mengenai perancangan kami mahu mendirikan rumah tangga. Sebelum ini mereka sudah beberapa kali berjumpa.

“Selain solat istikarah, perbincangan dengan anak-anak antara perkara pertama saya lakukan. Alhamdulillah, mereka juga berkongsi kegembiraan ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut pelakon Dunia Baru itu, persiapan hari bahagia yang akan berlangsung di sebuah dewan acara di Subang Jaya, Selangor juga sudah disempurnakan dalam tempoh sebulan.

Tambahnya, tidak timbul isu cepat mencari pengganti arwah suaminya kerana ketika berkawan, mereka langsung tiada berbincang perihal hati dan perasaan.

“Jodoh ajal maut adalah ketentuan Allah dan urusan ke arah mendirikan masjid seakan dipermudahkan walaupun tarikh pernikahan dipilih pada November lalu.

“Apabila bakal suami ajak kahwin, saya sendiri maklumkan enggan menunggu lama.

“Persiapan termasuk urusan dokumen berjalan juga lancar. Ikut perancangan, kami mahu bernikah di masjid tetapi tukar lokasi ke dewan besar kerana mengundang 200 tetamu,” katanya.

Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan sehari selepas akad nikah dengan mengundang seramai 500 jemputan.

Dari segi pemilihan tarikh iaitu 22.12.22, Anita, 39, berkata, mereka sepakat memilih kerana menunjukkan nombor yang cantik selain dia dan bakal suami sama-sama menyukai nombor dua.

Ditanya detik pertemuan, Sukan Sea 2017 yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah mencetuskan perkenalannya dengan Isyamuddin gara-gara dia dan arwah suami ligat mencari tiket perlawanan bola sepak.

“Kebetulan waktu habis ikhtiar, Isyamuddin yang memandu kereta rasmi Sukan Sea lalu di hadapan kami. Saya dengan selamba terus bertanyakan tiket kepadanya.

“Selepas itu kami hanya ‘follow’ media sosial masing-masing. Arwah suami pun tahu tetapi setakat jadi pengikut saja sampailah dia dapat berita arwah meninggal dunia.

“Selepas edah ada beberapa kali keluar makan ditemani anak-anak hingga akhirnya bulan lalu dia menyuarakan hasrat menjadikan saya isterinya,” kongsi Anita yang akan memperincikan butiran lain pada hari pernikahan.

Terdahulu, suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu.

Perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI