fbpx

Kanak-kanak sekolah maut selepas jatuh dari skuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan jatuh dari skuter yang ditunggang oleh ibunya sebelum dilanggar oleh sebuah bas di Bangkok baru-baru ini. - Thaiger

BANGKOK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut di sebuah jalan raya Bangkok, Thailand semasa dalam perjalanan ke sekolah, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Mangsa terjatuh dari skuter Yamaha Scoopy berwarna putih milik ibunya sebelum digilis sebuah bas yang dipandu dari arah yang bertentangan dan susulan kejadian itu, pasukan penyelamat serta petugas perubatan dari Hospital Sirirat bergegas ke tempat kejadian di Jalan Kamnan Maen, Bangkok.

Seorang saksi memberitahu polis bahawa dua beranak itu sedang menuju ke sekolah dengan menaiki skuter itu tetapi hilang kawalan lalu mengakibatkan mangsa jatuh ke seberang jalan.

Pemandu bas yang dikenali sebagai Thongchai, 61 didakwa terus memandu kenderaan tersebut tanpa berhenti kerana tidak menyedari kanak-kanak berkenaan jatuh dari skuter tersebut.

Beberapa penduduk memeriksa rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta hijau berada di belakang skuter itu mungkin terlibat dalam kemalangan itu.

Siasatan kes bagaimanapun masih berjalan dan jika didapati bersalah, Thingchai berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga 200,000 baht (RM25,359). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI