KUMPULAN Blackpink sekali lagi meraih tumpuan apabila menggayakan penampilan mewah di atas pentas semasa konsert jelajah dunia mereka di Paris.
Konsert selama dua hari sempena jelajah Born Pink di Paris tersebut menyaksikan Blackpink tampil dengan persembahan penuh bertenaga menghiburkan puluhan ribu penonton.
Paling mencuri tumpuan adalah busana mahal yang digayakan kesemua empat ahli kumpulan wanita paling berpengaruh itu.
Masing-masing mengenakan pakaian mewah daripada Dior, Chanel, Yves Saint Laurent dan Celine yang menyaksikan mereka merupakan duta jenama-jenama tersebut.
Jennie mengenakan dres mini renda putih dengan tali pinggang berbentuk reben hitam Chanel, manakala Rosé pula memakai dres metalik dengan jaket kulit Yves Saint-Laurent.
Jisoo dan Lisa pula dipuji cantik kerana memakai pakaian berwarna hitam jenama Dior dan Celine.