fbpx

Isu pelajar dibuli sudah diambil tindakan – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil tindakan perlu berhubung isu buli membabitkan seorang pelajar sekolah seperti dibangkitkan Perdana Menteri sebelum ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kes berkenaan sudah berada dalam pemerhatian KPM malah segala tindakan perlu juga sudah dilakukan.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa tidak boleh mendedahkan secara terperinci apa tindakan yang sudah diambil terhadap isu berkenaan.

“Kami tidak boleh dedahkan kerana soal keselamatan dan menghormati permintaan keluarga,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Ujar beliau, sudah menjadi keutamaan KPM selama ini iaitu melindungi pelajar sekolah daripada kejadian buli.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar dikenali sebagai Tejess Kanakaraju yang mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan individu di sekolah.

Menerusi surat itu, pelajar itu mendakwa gurunya turut bersifat rasis dan dia mahu Anwar menghentikan budaya rasis tersebut.

Susulan itu, Anwar telah meminta KPM supaya menyiasat perkara itu dengan kadar segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI