fbpx

Elvina Mohamad berang golongan ‘cop’ parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN video Elvina Mohamad dalam TikTok miliknya ketika berdepan sikap pentingkan diri seorang wanita yang mengamalkan konsep 'cop' parkir.

PETALING JAYA – Aktres Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa berang apabila berhadapan dengan individu yang mengamalkan konsep ‘cop’ parkir di lokasi umum.

Perkara tersebut dikongsi Elvina atau nama penuhnya Norzalina Mohamad, 27, dalam sebuah video TikTok ketika dia berdepan tindakan seorang wanita melakukan hal tidak bertanggungjawab tersebut.

“Tidak sangka masih ada orang yang melakukan ‘cop’ parkir. Saya pusing tiga hingga empat kali untuk cari dan tunggu untuk dapatkan parkir.

“Selepas itu, menipu cakap sudah berdiri lama sedangkan kami lebih awal menunggu untuk parkir kereta di situ. Ikutkan hati rasa nak maki, geram,” katanya.

Dalam video sama, wanita itu masih berdegil dan tidak mengendahkan teguran bintang drama Takdir Yang Tertulis berkenaan yang menyatakan perbuatannya adalah salah.

Rata-rata netizen turut mempertikaikan tindakan individu berkenaan dan mengakui hal sebegitu kerap berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Memang ramai orang perangai sebegini, pentingkan diri dan buat kepala sendiri,” komen netizen.

“Ambil nombor plat kereta dan hantar kepada pihak berkuasa. Itu sahaja cara untuk mengajar mereka,” ujar seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI