fbpx

‘Biawak hidup’ jadi beban staf, syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sikap malas sering dikaitkan dengan pekerja lama atau senior. - Gambar hiasan
ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL,
WARTAWAN EKSEKUTIF

SABAN hari, ada sahaja isu yang tidak enak didengar melibatkan sikap malas pekerja atau digelar sebagai ‘biawak hidup’ sehingga boleh menyebabkan operasi syarikat terganggu.

Sikap malas tersebut sering dikaitkan dengan pekerja lama yang dikatakan mula ‘naik tocang’ kerana mereka merupakan senior dan boleh melakukan apa sahaja mengikut kemahuan ma­sing-masing.

Situasi itu dapat dilihat de­ngan jelas melibatkan suasana di pejabat apabila ada pekerja yang sememangnya bersungguh-sungguh menghasilkan tugasan terbaik, tetapi ada juga memilih untuk ‘goyang kaki’ seolah-olah makan ‘gaji buta’.

Jika diamati, kumpulan pekerja tersebut perlu diambil tindakan segera oleh pihak majikan agar tidak terus menjadi budaya tidak sihat di tempat kerja.

Menyokong pandangan ini, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Mohammad Noorizuddin Nooh berkata, kesan ke atas syarikat yang memiliki pekerja malas itu bukan sahaja output (pengeluaran) rendah, malah meruntuhkan semangat motivasi keseluruhan pasukan.

“Ini (biawak hidup) adalah barah yang perlu dikenal pasti dan diperbaiki segera.

“Seperti biasa, masalah seper­ti ini dituding kepada pekerja, akan tetapi jika perkara tersebut menjadi kebiasaan dalam organi­sasi maka hendak tak hendak memang harus tuding pada ke­salahan organisasi itu sendiri.

“Organisasi kena selidik punca masalah (pekerja) dan selesaikan segera,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Mohammad Noorizuddin turut menyifatkan perkara itu adalah masalah berjangkit lebih-le­bih lagi melibatkan pekerja yang suka makan ‘gaji buta’ dan me­nerima ganjaran mewah sama seperti staf yang kuat bekerja.

Tambahnya lagi, majikan digalakkan untuk membuat penukaran skop kerja kepada pekerja setiap lima tahun sekali bagi mengubah tabiat buruk ini.

“Kadang-kadang pekerja buat sebegini kerana sudah terlalu lama bekerja dalam jawatan atau jabatan yang sama.

“Salah satu cara untuk mengu­bah tabiat tanpa membuang kerja ialah dengan penggantian tugas kerja (job rotation) de­ngan menghantar pekerja malas ke unit atau jabatan lain untuk tugasan kerja lebih berbeza daripada kebiasaan,” ujarnya.

Sebagai ingatan mesra, Islam menggariskan adab yang perlu diamalkan oleh setiap orang beriman dalam mencari rezeki sama ada menjadi pekerja awam, swasta mahupun bekerja sendiri.

Ini untuk memastikan setiap pekerjaan membuahkan ha­sil dalam bentuk rezeki halal, malah lebih penting mendapat keredaan Allah SWT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI