fbpx

Bekas banduan ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (duduk) ditahan kerana memiliki dadah di tepi jalan di Kampung Belakang Mada di Guar Chempedak, Yan pada kelmarin.

YAN – Seorang bekas banduan bagaikan tidak serik apabila sekali lagi dicekup kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di Guar Chempedak, dekat sini kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Penduduk kampung sebelum itu membuat laporan polis selepas sering melihat individu tersebut berlegar-legar di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, sepasukan anggota kemudian pergi ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

“Pemeriksaan pada badan suspek menemui satu peket plastik lut sinar berisi ketulan serbuk kristal disyaki syabu seberat kira-kira 0.5 gram,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek yang baru sahaja dibebaskan dari penjara itu turut mengaku dadah dalam milikannya itu untuk kegunaan sendiri.

“Ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah dan dia kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) akta sama,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki ditahan penduduk Kampung Baru, Guar Cempedak selepas dikesan cuba melakukan pecah rumah di Lorong Langkasuka, dekat sini.

Penduduk kampung dikatakan berjaya menahan lelaki itu dengan bantuan Team Rela Abang Chik Teroi sebelum diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI