fbpx

Aina Abdul penyanyi Malaysia, bukan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO TikTok yang menyatakan Aina Abdul merupakan penyanyi Indonesia mengundang perhatian peminat negara ini yang mempertahankan statusnya sebagai penyanyi Malaysia.

PETALING JAYA – Penyanyi Aina Abdul semakin cemerlang dalam industri muzik tanah air dengan pelbagai karya hasil ciptaannya sendiri dan berkebolehan menyanyi lagu bahasa asing termasuklah Korea.

Bagaimanapun, baru-baru ini, nama Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjadi topik hangat dalam TikTok apabila salah seorang pengguna menyatakan bahawa penyanyi itu berasal dari Indonesia.

Perkongsian akaun TikTok @sius.30 memaparkan video nyanyian Aina bersama dua lagi penyanyi dari negara lain yang dirangkumkan dengan kapsyen ‘Cover lagi, sedang This Love, mana sih suaranya yang paling keren menurut kalian?’.

Kapsyen yang tertulis ‘Indonesia’ merujuk kepada video Aina menimbulkan tanda tanya netizen sekali gus mencetuskan perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia.

“Sejak bila pula Aina berasal dari Indonesia? Mula-mula ingatkan artis Indonesia serupa dengan Aina.

“Baru ingat Aina ada nyanyi semula lagu ini. Aina penyanyi asal Malaysia, bukan Indonesia,” tegas seorang pengguna TikTok.

“Tolong jangan ‘claim’ Aina sebagai orang Indonesia ya, dia merupakan salah seorang penyanyi bagus asal Malaysia, generasi penyanyi baharu yang berkualiti,” komen pengguna TikTok lain.

“Sekarang aku pun jadi pening, dah kenapa pula Aina tiba-tiba jadi orang Indonesia. Terang-terang dia adalah penyanyi Malaysia, siap menang AJL lagi. Orang luar mana boleh masuk AJL,” komen pengguna yang lain.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memuji kelunakan dan kemerduan suara pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu.

“Apa-apa pun, suara Aina sememangnya mendunia dan mempunyai kualiti yang setanding artis antarabangsa. Sebab itu ramai ‘claim’ dia,” puji seorang pengguna.

“Sedapnya suara Aina, sebutannya jelas dan dengar sebiji-sebiji serta langsung tidak menelan perkataan.

“Nyanyian yang sampai dengan penceritaan yang bagus. Malaysia beruntung dan patut bangga mempunyai bakat besar sepertinya,” tulis pengguna lain.

Setakat ini, video tular tersebut meraih lebih empat juta tontonan dan 172,600 tanda suka dengan 2,081 perkongsian.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan reaksi daripada netizen Malaysia dan Indonesia.

Untuk rekod, Aina mempertaruhkan lagu Terus Hidup di pentas AJL37 yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2023 dengan berentap bersama 11 lagi finalis lain seperti Ernie Zakri dan Marsha Milan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI