fbpx

52 penunggang basikal lajak ditahan, ibu bapa dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penunggang basikal lajak yang ditahan menerusi Operasi Penguatkuasaan Basikal Lajak di sekitar jalan PJS 1 hingga PJS 5, di sini, pada satu dan tiga Disember lepas.

PETALING JAYA – Seramai 52 penunggang basikal lajak diperiksa menerusi Operasi Penguatkuasaan Basikal Lajak di sekitar jalan PJS 1 hingga PJS 5, pada 1 dan 3 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi tersebut melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Petaling Jaya selepas menerima aduan orang awam.

Katanya, 52 penunggang basikal lajak diperiksa sepanjang operasi dilakukan membabitkan individu dari usia sembilan hingga 14 tahun.

“Kami mengeluarkan 11 keping saman Pol 257 di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 diikuti 15 buah basikal disita mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tangkapan mengikut Seksyen 112(1)(A) akta yang sama.

“Ibu bapa dan penjaga kepada penunggang basikal lajak telah dipanggil bagi memberi peringatan mengenai tanggungjawab mengawasi dan memastikan keselamatan anak masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fakhruddin berkata, Ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam kegiatan basikal lajak hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, diingatkan semua pengguna jalan raya terutama penunggang basikal agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Penguatkuasaan lalu lintas akan dijalankan secara berterusan bagi mendidik masyarakat mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI