fbpx

300 kawasan berisiko banjir di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Hilman (dua dari kiri) menyantuni mangsa banjir di PPS balai Raya Kampung Kemat, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Sebanyak 300 kawasan di seluruh Terengganu disenaraikan sebagai titik panas atau ‘hotspot’ berlakunya bencana banjir sepanjang tempoh monsun Timur Laut ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, ia membabitkan lapan daerah itu Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.

Beliau berkata, sebanyak 37 lokasi di kawasan rendah dan berhampiran muara sungai di negeri imi turut dikenalpasti berisiko berlakunya dilimpahi air sekiranya fenomena air pasang besar beserta hujan lebat.

“Kita mempunyai 833 pegawai dan anggota seluruh negeri. Kekuatan ini bersama aset serta logistik untuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa sudah memadai bagi situasi banjir sekarang di Terengganu.

“Semua kekuatan telah siap siaga bagi hadapi sebarang kemungkinan. Rondaan rutin juga dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya ketika meninjau keadaan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Kemat di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Md. Hilman turut memaklumkan sebanyak tiga kes lemas sudah direkodkan di Terengganu sepanjang musim tengkujuh kali ini bermula November lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa ambil cakna tentang keselamatan ahli keluarga masing-masing dan diingatkan tidak menjadikan banjir sebagai satu pesta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI