fbpx

Banjir: Lapor polis jika ada gangguan seksual di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kavitha (kanan) bersama anggota Amanita bertemu mangsa banjir yang terdiri daripada golongan wanita di PPS SK Sri Kiambang, Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Skuad Aman Wanita (Amanita) Kelantan meminta golongan wanita supaya tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pegawai Turus Amanita Kelantan, Deputi Superintendan N. Kavitha berkata, mangsa banjir yang terdedah kes gangguan seksual di mana-mana PPS di negeri ini perlu tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menurut beliau, walau bagaimanapun setakat ini tiada kes gangguan seksual di PPS dilaporkan,

“Amanita akan terus mendekati suri rumah dan golongan wanita yang terdedah kepada sebarang gangguan itu. Kita bersedia membantu mangsa banjir untuk berdepan kemungkinan masalah gangguan seksual di PPS.

“Kita mengambil inisiatif memberi khidmat nasihat kepada golongan wanita di PPS agar dapat menangani masalah tersebut. Khidmat itu diberikan secara bersemuka semasa pasukan Amanita turun padang ke PPS,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang di sini hari ini.

Kavitha berkata, pendedahan mengenai perkara itu perlu diberikan kerana mangsa banjir berada lama di PPS dan mereka terdedah kepada gangguan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI